Sunday 7 September 2014

E-FOLIO (PENGAJIAN MALAYSIA) KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH


Tajuk:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Nama:Logan Naidu a/l Purusothman Naido(08DMP14F1044)
            Lakshuman a/l Dass(08DMP14F1020)
            Mohamad Fazrolazwar bin Ibrahim(08DMP14F1024)
            Wan Muhamad Syamin Afif bin Wan Zuhairi(08DMP14F1016)

Kelas:DMP1B
Pensyarah:PN. Siti Aisyah  Binti Abdul Razak
 
 

3.1) Komposisi Etnik Penduduk Malaysia


 


SEMENANJUNG MALAYSIA
 

Melayu

Cina

India

OrangAsli

Banjar
Hokien:
 

 Malayali

 

Negrito

 

 Boyan

 

Chuan-chew

 

 Punjabi

 

 Senoi

 

 Bugis

 

 Chin-chew

 Selon

 

 Melayu Asli

 

 Jawa

 

 Eng-hua

 

 Tamil

 
 

 Kampar

 

 Eng-choon

 

 Telegu

 
 

 Kerinci

 

 Hok-chew

 
 
 
 

 Mendaling

 
Kwangtung:
 
 
 
 

   Minangkabau

 

 Kanton

 
 
 
 
 

 Rawa

 

 Teochew

 
 
 
 
 

 Johor-Riau

 

 Hakka

 
 
 
 
 

 

 

 Hailam

 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 






SABAH
 

SARAWAK
      Kadazan
        Bajau
        Dusun
        Murut
        Bisaya
        Kadayun
        Orang Sungai
        Suang Laut
        Brunei
 

 
        Bidayuh
        Bisaya
        Iban
        Kayan
        Kedayan
        Kelabit
        Kenyah
        Melanau
        Melayu
        Murut
        Penan
        Punan



 
 





Komposisi dan Latar Belakang Penduduk India di Tanah Melayu

PENDUDUK

LATAR BELAKANG
Tamil
 
Berasal daripada Tamil Nadu
Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0 peratus daripada penduduk India di Tanah Melayu).
Kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang terlibat bekerja di dalam jabatan kerajaan.

Malayali
 
Berasal daripada pantai Malabar. Dikenali juga sebagai orang Malabari.
Merupakan 7.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu, yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan.
Kebanyakan kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah bekerja di dalam perkhidmatan perkeranian dan profesional; terkenal dengan kedai makanannya.
 

Telegu
 
Berasal daripada Andhra Pradesh Merupakan 4.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu.
Kebanyakanya bekerja sebagai buruh di ladang-ladang.
 

Sikh
 
Berasal daripada Punjab.
Kebanyakan terlibat di dalam pekerjaan di perkhidmatan polls dan keretapi, pengawal keselamatan, dan penternak lembu. Dikatakan perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan lombong bijih.
  Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional.
 




 

Latar belakang penduduk Cina di Tanah Melayu


KELOMPOK

LATAR BELAKANG  
 Hokien Terdiri drpd peniaga dan pekedai
 Kantonis Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tkg. kayu, tkg. Kasut dan t. besi)
 Hakka Terdiri dprd pelombong
 Teochew Terdiri drpd. Pekedai dan peladang yg. Membuka ladang tebu, gambir dan lada hitam
 Hailam Terdiri drpd. Pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik








Latar belakang penduduk Tanah Melayu yang berasal dari Indonesia

 



KAUM

LATAR BELAKANG
Orang Jawa
 
 Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada PulauJawa
  Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang kopi, getah dan di kawasan tanah yang baru di buka. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura.
  Di Tanah Melayu kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu , Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak (Hilir Perak, Krian, Parit Buntar).
 
Orang Banjar   Orang Banjar berasal daripada daerah Banjarmasin, Kalimantan.
  Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman padi.
  Pada tahun 1931 bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45,382 orang.
  Kebanyakan orang Banjar mendiami kawasan pinggir pantai dan lembah- lembah sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam , (Selangor) dan Batu Pahat (Johor).
 
Orang Bugis      Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi.
     Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu mereka ramai menetap di Perak, Selangor, Pahang dan Johor.
     Di Johor kebanyakan orang Bugis tinggal di kawasan Benut, Kukup dan Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat. Di Perak orang Bugis merupakan golongan pedagang.

Orang Boyan   Orang Boyan adalah berasal daripada Pulau Boyan.
  Kebanyakan mereka berhijrah di Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
  Mereka tertumpu di bandar-bandar besar kerana mereka mempunyai keahlian di dalam memelihara kuda lumba
 
Orang Minangkabau
 
  Orang Minangkabau adalah berasal dari Sumatra.
  Di Tanah Melayu tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka di mana mereka dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih.
  Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian.
 

 
 




 
3.2)  Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum iaitu di Semenanjung Malaysia terdiri kaum Melayu, Cina dan India. Manakala, di Sabah terdiri daripada suku kaum Rungus, Dusun, Bajau, Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk dan Murut serta kaum di Sarawak pula antaranya terdiri daripada kaum Iban, Melanau dan lain-lain (Tang Chee Yee, 2006). Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasioal adalah satu keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana aman damai.
Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza-beza. Usaha ke arah perpaduan di Malaysia dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Semenanjung (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Manakala, konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Secara ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka masa yang panjang (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Perpaduan dan integrasi nasional juga memberi maksud bahawa satu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan mereka. Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan di dalam sesebuah unit politik  (Natra Nadea, 2010).
Bagi memantapkan lagi perpaduan dikalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 27 Oktober 1990 dengan tujuan untuk menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional, memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat, membangunkan dan mengintegrasikan masyarakat kaum Asli, memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara serta menyelaraskan program kependudukan dan pembangunan keluarga (Natra Nadea, 2010). Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah melancarkan dan melaksanakan beberapa program dan dasar-dasar bagi menjamin kepentingan semua kaum termasuk kaum minoriti tanpa mengira kepentingan kaum majoriti melalui Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integriti Nasional (PIN) (Amir Hasan Dewi, 2006).
 
3.3)Rukun Negara sebagai Ideologi
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya `kesatuan hati'. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna `konflik' yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

Di negara kita, kerajaan menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu.

Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal selepas berlaku peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu mendorong pemimpin negara daripada pelbagai kaum memikirkan formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.

Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN), lahirlah Rukun Negara. Ia digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat bersatu padu, adil dan harmoni.

Ideologi negara ini diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ia mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat di negara ini.

Berikut penulis cuba memberikan huraian ringkas bagi setiap prinsip Rukun Negara.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama adalah prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (ateis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama sudah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangunkan 'pemikiran luhur' dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan.

Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warga negara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Pada peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah `payung negara' yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian Perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan adalah elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundangan yang paling tinggi, iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warga negara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan negara apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertian kebebasan dan hak asasi. Di dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun Negara.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai `internal cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih relevan untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia seperti disarankan kerajaan.




 

Peristiwa 13 Mei 1969




Pengenalan


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.



Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.




Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969



1.Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
 
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2.Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

 



3.Latar belakang pendidikan yang berbeza


Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.


4.Pertelingkahan Parti Politik


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . 
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5.Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .


6.Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

KESAN 13 MEI



Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.





Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat  taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.





Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai





Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata. 





Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.





Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.





Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.





Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.





PENGAJARAN 13 MEI
Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat malaysia ialah :

1. 
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. 

2. 
Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.



3. 
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini . 


4. 
Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.



5. 
Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,

(ii) Menyusun semula masyarakat,


Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.


Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.


RUJUKAN


BIBLIOGRAFI :



1. Buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (Hingga 10 hb. Mei 1999) oleh Internatinal Law Book Services 1999. 

2. Nota Rukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.

3. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

4. Nota Rujukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.

5. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

6. Lembaga Pendidikan Undang-Undang Perintah- Peintah Am & Arahan Pentadbiran, International Law Books Services, Kuala Lumpur, 1993.



7. Penasihat Undang-Undang, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1995.



8. Ranjit Singh Malhi, Sejarah Kertas 2 STPM, Federal Publication, Kuala Lumpur, 1996